Pages

Subscribe:

Curi kereta lebih RM1j

KUALA LUMPUR: Satu sindiket curi kenderaan dikenali ‘Geng Ah Hong’ yang aktif mencuri pelbagai kenderaan membabitkan nilai lebih RM1 juta tumpas selepas diberkas polis.

Difahamkan, hasil penahanan kumpulan dianggotai tiga lelaki itu, polis turut berjaya merampas 17 kereta pelbagai jenis.

Geng Ah Hong itu diberkas polis pada 27 Julai lalu secara berasingan di sekitar Kuala Lumpur selepas polis menerima maklumat berhubung kegiatan mereka.

Bertongkat curi kereta

SERDANG: Biarpun terpaksa bertongkat kerana kecacatan kaki, ia tidak menghalang seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) berusia 30-an menjadi dalang sindiket curi kenderaan di sekitar Seri Kembangan, di sini.

Suspek dipercayai menggunakan kekurangan itu sebagai sebahagian daripada modus operandi iaitu bagi mengalihkan perhatian orang ramai manakala rakannya mencuri kenderaan di tempat awam.

Bagaimanapun, kegiatan suspek bersama dua lagi rakannya yang digelar ‘Geng Waja’ ditumpaskan polis selepas ditahan dalam Ops Lejang pada jam 2 petang, Isnin lalu.

Lelaki curi kereta dari pusat servis ditahan

SEREMBAN: Kegiatan mencuri kereta dari pusat servis di sekitar bandar ini sejak beberapa bulan lepas berjaya dipatahkan polis dengan penangkapan seorang lelaki di Sikamat, di sini semalam.

Ketua Polis negeri Datuk Osman Salleh berkata lelaki berusia sekitar 40-an itu ditangkap 6.15 pagi semalam selepas mencuri sebuah kereta dari pusat servis di bandar ini kelmarin. 

"Kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu, sebuah kereta yang dihantar di sebuah pusat servis di bandar ini dicuri oleh suspek yang berlagak seolah-olah kereta itu miliknya sebelum melarikan kereta tersebut.

Peniaga Diculik dan Dirompak RM165,000 di Masjid

KULAIJAYA: “Saya terkejut apabila diacukan pistol di bahagian perut sebaik keluar dari kereta di pekarangan Masjid Bandar Putra di sini, Jumaat lalu.
“Ketika itu, saya terbayangkan wajah isteri dan anak sebelum lelaki penjenayah itu mengarahkan saya duduk di tempat duduk belakang, manakala lelaki berkenaan dan dua rakannya memandu kereta keluar dari pekarangan masjid tanpa menghiraukan jemaah lain,” kata mangsa culik selama empat jam hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 51, semalam.

Kereta Pemimpin PKR Dicuri - Dokumen Sulit Parti turut Dirompak

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kereta milik ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaikh Ismail hilang dipercayai dicuri semalam.

Menurut Harakahdaily, kereta jenis Proton Waja berwarna perak itu disedari hilang pada jam 7 pagi semalam setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.

Siti Aishah Shaik Ismail, ketua srikandi pkr"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi.