SEREMBAN: Kegiatan mencuri kereta dari pusat servis di sekitar bandar ini sejak beberapa bulan lepas berjaya dipatahkan polis dengan penangkapan seorang lelaki di Sikamat, di sini semalam.
Ketua Polis negeri Datuk Osman Salleh berkata lelaki berusia sekitar 40-an itu ditangkap 6.15 pagi semalam selepas mencuri sebuah kereta dari pusat servis di bandar ini kelmarin.
"Kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu, sebuah kereta yang dihantar di sebuah pusat servis di bandar ini dicuri oleh suspek yang berlagak seolah-olah kereta itu miliknya sebelum melarikan kereta tersebut.
"Polis yang mendapat maklumat terus menjejaki kereta jenis BMW yang dicuri dan berjaya mengesannya kira-kira sejam setengah kemudian di kawasan deretan kedai di Sikamat," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Polis kemudian bertindak mengepung kereta terbabit dan berjaya menangkap
suspek. - Bernama